Ini Blog Gua ! MusicIsMyGf: 2012

Friday 26 October 2012

Berjalan Kaki 5,700Km Untuk Tunaikan Haji




              Berjalan Kaki 5,700Km Untuk Tunaikan Haji





 SARAJEVO : Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

“Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya,” kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

“Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

“Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya,” ujar Senad.

“Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya,” tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. – AFP

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 24 October 2012

20 pertanyaan Rasulullah kepada iblis



Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang disukai mahupun yang dibencinya. Tujuannya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat  pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahasiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya.Sekiranya  engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang amat keras.”

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sambut Iblis (alaihi laknat),

“Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mejawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah, “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencuba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salammu saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?”

Berkata Iblis, “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Kerana engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani menyembunyikannya.”

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badanku menjadi abu.”

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.


Pertanyaan Nabi (1):
“Hai Iblis! Siapakah seb
esar-besar musuhmu dan bagaimana aku terhadapmu?”

Jawab Iblis:
“Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala musuhku di muka bumi ini.”

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblispun menggeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis, “Ya Khatamul Anbiya! Ada pun aku dapat merubah diriku seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak berbeza, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru kerana dicegah oleh Allah.
Kiranya aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir kerana engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu jugalah aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku.”


Pertanyaan Nabi (2):
“Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu kepada makhluk Allah?”

Jawab Iblis:
“Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, sesetengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan solat, terbuai dengan makan minum, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.

Demikian juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Di sana aku lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau berbuat amal ibadat, aku akan rayu mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa ria, takabur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat.”


Pertanyaan Nabi (3):
“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu?Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?”

Jawab Iblis:
“Semuanya itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahawa Diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi.

Kemudian aku tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang ingkar. Oleh kerana itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.

Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum Engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan carut-marut.

Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tentaraku untukmenjalankan tugas menghasut.”


Pertanyaan Nabi (4):
“Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu dari manusia?”

Jawab Iblis:
“Pertama sekali aku palingkan iktikad / niatnya,imannya kepada kafir juga ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemauan jalanku”


Pertanyaan Nabi (5):
“Hai Iblis! Jika umatku solat kerana Allah, bagaimana keadaanmu?”

Jawab Iblis:
“Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.

Sesetengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas solat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solatnya, hilang khusyuknya – matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Sesetengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis solatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.”


Pertanyaan Nabi (6):
“Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”

Jawab Iblis:
“Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala uratku lalu aku lari daripadanya.”


Pertanyaan Nabi (7):
“Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”

Jawab Iblis:
“Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangkukarena mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.”


Pertanyaan Nabi (8):
“Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaanmu?”

Jawab Iblis:
“Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan,bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa.

Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azabneraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.

Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa barulah aku dilepaskandengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa.”


Pertanyaan Nabi (9):
“Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?”

Jawab Iblis:
“Seluruh sahabatmu juga adalah sebesar – besar seteruku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana engkau sendiri telah berkata: “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.”

Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertuamu kerana engkau berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafadz Hadits-haditsmu.

Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya kerana dia sangat tegas menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendiku kerana sangat takut. Hal ini kerana imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan, “Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku”, kerana dia adalah orang harapanmu serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’.

Saidina Usman Al-Affan lagi, aku tidak boleh bertemu, kerana lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan, “Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid.”

Saidina Ali Abi Talib pun itu aku sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah golongan orang pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ – dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri berkata, “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya.” Tambahan pula dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya.”


Pertanyaan Nabi (10):
“Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?”

Jawab Iblis:
“Umatmu itu ada tiga jenis. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s, “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat.” Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurnia Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka akupun bersukacita lalu masuk kedalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku hela ke mana saja mengikuti kehendakku. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.

Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur.”


Pertanyaan Nabi (11):
“Siapa yang serupa dengan engkau?”

Jawab Iblis:
“Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang belajar agama Islam.”


Pertanyaan Nabi (12):
“Siapa yang mencahayakan muka engkau?”

Jawab Iblis:
“Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.”


Pertanyaan Nabi (13):
“Apakah rahsia engkau kepada umatku?”

Jawab Iblis:
“Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari.”


Pertanyaan Nabi (14):

“Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?”

Jawab Iblis:
“Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah aku dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah merasa kenyang.”


Pertanyaan Nabi (15):
“Dengan jalan apa dapat menolak tipu daya engkau?”

Jawab Iblis:
“Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya.”


Pertanyaan Nabi (16):
“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”

Jawab Iblis:
Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”


Pertanyaan Nabi (17):
“Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?”

Jawab Iblis:
“Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka (mendusin) di waktu subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zuhur, asar, maghrib dan isya’, aku beratkan hatinya untuk solat.”


Pertanyaan Nabi (18):
“Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?”

Jawab Iblis:
“Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam.”


Pertanyaan Nabi (19):
“Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?”

Jawab Iblis:
“Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya”


Pertanyaan Nabi (20):
“Apa lagi yang memecahkan mata engkau?”

Jawab Iblis:
“Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda,’Syurga itu di bawah tapak kaki ibu’”


Demikianlah 20 Soal Jawab Rasulullah dengan Iblis. Semoga ada hikmah yang dapat kita ambil. Amin!


Read more: http://billyinfo.blogspot.com/2012/07/20-pertanyaan-rasulullah-kepada-iblis.html#ixzz2AGuDNqvk

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

NASA Menjangkakan Bumi Akan Gelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012?


NASA Menjangkakan Bumi Akan Gelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012?
NASA Menjangkakan Bumi Akan Gelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012? - Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam…Assalamualaikum… 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 8 July 2012

alasan popular bagi wanita yg enggan menutup aurat


10 ALASAN PALING POPULAR BAGI WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

10 Alasan Paling Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

10 Alasan Paling Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Assalamualaikum... Jangan setakat direnung, mari kita sama-sama periksa diri sendiri, kita sebarkan kepada saudara-saudara kita terutama sekali buat sang AYAH, SUAMI, SAUDARA LELAKI dan ANAK LELAKI. Kerana andalah golongan yang akan ditarik ke neraka oleh ANAK PEREMPUAN, ISTERI, SAUDARA PEREMPUAN dan IBU kamu seandainya tanggungjawab yang Allah amanahkan kepada kamu, kamu abaikan.

Berikut merupakan 10 alasan yang paling popular yang akan kita dengar apabila kita menyeru seseorang WANITA MUSLIM untuk menutup aurat mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?!
Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?!

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami...
Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?!

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?!

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la...
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lapak la dulu. Jangan ambil nyawa aku dulu..."

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!

Islam itu mudah. Islam itu indah. Jangan jadi manusia yang bodoh sombong kepada Tuhannya...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 6 July 2012

peringatan bagi yang lalai

Hai Diri semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah swt:

“ Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui”

Orang yang benar-benar mengetahui tentang kehidupan akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah yang tertipu dengan kehidupan dunia, ini menunjukkan diri ini amat jahil oh tuhan.

Saat-saat kematian semakin menghampiri tetapi diri ini sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini kepadanya.

Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin member I peluang untuk kembali kepadanya sebelum datangnya saat kematian. Rebutla peluang ini sebaik-baiknya sebelum terlambat. Nabi saw bersabda:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh perkara:

1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang menyebabkan kamu lupa.

2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang menyebabkan kamu melampaui batas.

3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang merosakkan badan kamu.

4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan kamu.

5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin menghampiri kamu.

6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.

7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.”

Hadis riwayat imam Tirmizi.

Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan dihisab oleh tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar Allah murka dengan dirimu. Firman Allah swt:

“Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dihisab dan dibalas)?”

Ayat 36 surah al-Qiamah

Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa berlalu semakin hampir i dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. Firman Allah swt:

“ Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu.”

Ayat 8 surah al-Jumaah

Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. Firman Allah swt:

“ Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.”

Ayat 22 surah az-Zumar.

Hati yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka sahaja. Allah sentiasa bertanya bilakah hati ini hendak khusyuk kepada tuhan dan patuh segala perintahnya. Firman Allah swt:

“ Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman untuk tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran yang Allah telah turunkan…”

Ayat 16 surah al-Hadid

Adakah setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak menyesali terhadap perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak ada gunanya. Nasi sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). Firman Allah swt:

“ Sehinggalah datang kematian kepada salah seorang mereka. Dia berkata : Hai tuhanku kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan. (jawapan tuhan) Tidak sama sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada gunanya) dan mereka akan melalui alam barzakh sehinggalah hari mereka dibangkitkan.”

Ayat 99,100 surah al-Mukminun

Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana mahligai mu, setingga mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua tidak menghalang malaikat maut untuk mencabutn nyawamu. Firman Allah swt:

“ Dimana sahaja kamu berada, pasti kematian akan menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan terkawal.”

Ayat 78 surah an-Nisa

Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap perbuatan-perbuatan yang lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. Nabi saw bersabda:

“ Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal).”

Hadis riwayat Imam al-Hakim

Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat.

Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak,

Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman,

Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan engkau menerimaku kembali.

Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau reda kepadanya.

Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 13 April 2012

Tabligh selekeh? tabligh tak buat nahi mungkar? Tabligh tinggal anak bini? tabligh tak cukup ilmu mau dakwah?

  • Tabligh tinggal anak bini?
  • tabligh selekeh?
  • Tabligh tak buat nahi mungkar?
  • Bidaah keluar 3 hari 40 hari 4 bulan?
  • Kenapa pilih india kenapa tak ke Makkah?
  • Tabligh tak cukup Ilmu mau dakwah org??



 Sudah lali di telinga kami mendengar ungkapan begini, kalau yg mls nak jawab tu ckp InsyaAllah keluar 3 hari baru faham. Kalau yg tawadduk mcm Maulana Hamid dan Maulana Saad usah harap mau jawab. Berdebat jauh sekali.Siap berdoa lg pd Allah Ya Allah berikanlah si polan ini hidayah dgn tangisan yg betul2 pula tu walhal si polan baru je maki org tabligh. Punya tggi akhlak mereka. Kalau aku, mmg aku pancung terus. Al-Maklumlah Iman lemah. Bkn apa dulu samseng. Sekarang org panggil samseng tabligh. Dulu di Uitm, org Ikhwan dok ckp kat depan surau mcm2, tggu masa je aku nk bangun bg flying kick kat muka dia tp nasib baik rakan seusaha tenangkan aku. MasyaAllah Allah bg ujian SABAR pd aku. Punya Mujahadah mau tahan. Dulu rakan seusaha pakat takut pegi bilik pengerusi surau, tp aku mmg pegi jgk. Ketuk tetap ketuk. Silapnya niat aku yg tak baik, niat aku mau pancung. Mmg smpi skarag kwn tu x dapat hidayah asbab akhlak buruk aku. MasyaAllah menyesal pun ada.. skarg mari aku jawab satu persatu. Tak puas hati kita jumpa. tak payah nk komen2 buruk. Lg satu tak payah mintak aku dalil2. Pegi cari sendiri. Gila nk letak dgn sanad2 suma. InsyaAllah.

Tabligh Tinggal anak bini?

Kitar putar balik kisah sahabat yg lampau, Asbab kerja dakwah ini, guru kpd Imam Malik sendiri tinggalkan anak Isteri selama 27 tahun. 27 tahun kemudian beliau pulang ke kampung halaman. Apabila beliau melewati suatu kawasan, beliau singgah di suatu tempat melihat satu org beri ceramah power. Rupanya ulamak besar yg bayan or ceramah. Ondaway nk blk rumah mereka bertembung sesama sendiri di rumah masing2. MasyaAllah rupanya anak beranak. Ibunya memperkenalkan kpd si ulamak ini bapanya. Ada Keluar di mulut para sahabat dan Tabiin ckp tinggal anak bini berdosa besar? Abu Bakar As Siddiq tinggalkan anak2 perempuannya lalu berhijrah ke Madinah bersama2 nabi. Abu Bakar bawa  semua 5000 dirham. Anaknya perempuannya sehelai ditinggalkan sepinggang saja. Ada mufti-mufti nak bantah ckp berdosa tak sara anak? mereka semua ni yaken rezeki Allah sudah tetapkan. Kita bantu agama Allah maka Allah bantu kita blk. hari ni Yaken kita rosak. Rezeki sudah tetap, Ikhtiar Allah beri utk kita tentukan samada rezeki itu haram atau halal saja. Hari ini asbab iman lemah dimesyuaratkan tinggalkan isteri dan anak duit yg mencukupi, peti ais yg penuh. Kalau tidak syura tak bg keluar khuruj. Itu pun bnyk mulut nk compain tabligh seksa anak bini. Nak je aku sumbat mulut depa dgn tanah.

Tabligh selekeh?

Mari kita lihat, adakah Umar Al-Khatab selekeh?. Bajunya cuma sehelai saja. Itupun ada 13 tampalan yg dijahit. Ada org bising dok kata " hg ni Umar awat selekeh bebenor? Islam ni perlu kemas" Mu p ckp depan Umar mcm tu aku nk tgk. Aku rasa mmg tak ada kepala lepas tu pasal kena pancung. Dlm satu takaza perang, nabi berkata ada sapa2 mau korban?. Abu Bakar pegi ke rumah ambil segala hartanya termasuk paku yg melekat di dinding dan kayu api di rumahnya. Umar pula korban separuh hartanya saja selebihnya utk keluarga. Nabi tanya Abu Bakar apa kmu tinggalkan utk keluargamu? Cukuplah hanya Allah dan Rasul. MasyaAllah ada nabi dok bising kat dia ckp "hg ni Abu Bakar, kena sara bini dulu.. hg nk bg bini hg mkn pasir ke? mana ada tuan2. Smpikan baju Abu Bakar sendiri  diwakafkan. Beliau pakai guni berbutangkan duri. Smpi Allah taala suruh nabi kirim salam kpd Abu Bakar. MasyaAllah. Ni nk tanya hampa selekeh ke Abu Bakar pakai guni tu?

Tabligh tak buat nahi Mungkar?

Ni satu lg solan yg tak patut ditanya. Aku mau tanya hampa blk. Apa nahi Mungkar paling besar di Dunia? semua tau Syirik kan. Sekarang org Islam dah tak sembah berhala. Tp Tuhan mereka dlm poket iaitu duit. Buktinya mereka anggap duit tu lebih besar dr Allah taala. Duit beli segala2nya. Yaken dgn duit beri rezeki yaken dgn duit beri manfaat. Itu adalah syirik Khafi. Kami pegi rumah ke rumah ckp Shekh, Allah yg beri rezeki bkn duit, Allah yg beri manfaat bkn duit, Allah beri kenyang bkn makanan, Allah bg hilang dahaga bkn minuman. Perkataan ini bkn nahi Mungkar paling besar ke? apabila kita ckp lg dan lagi tentang kebesaran Allah maka Iman akan bertambah, yg mendengar pun dpt manfaat. Itu bkn nahi mungkar ke?Sekarang apa pula dosa ketiga atau keempat paling besar? tinggal solat kan? semua tahu. Kami pegi ketuk pintu semua org ajak mereka solat berjamaah di Masjid, itu bkn nahi mungkar ke? jgn anggap kita pergi cari aib org rakam video Anwar Ibrahim itu nahi mungkar, jgn anggap kita pegi rumah org cegah maksiat itu nahi mungkar bahkan itu cari aib org. Pernah Abdul Rahman bin Auf bersama Umar meronda sekitar Madinah, lalu ternmpk satu org sahabat melalui tingkap sedang teguk arak. Abdul Rahman Auf toleh kpd Umar, Umar berkata adakah ini melihat aib saudara sendiri seperti kata Rasulullah? lalu mereka pun berlu pergi. Hari ni kita suka2 terjah umah org mau cegah maksiat la konon. Selain cara nabi tak ada kejayaan.

Bidaah keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Mana dalil?

Itu kata mereka. Dalil dimintaknya. Aku nak cerita. Majority sahabat yg tinggal di Madinah keluar berdakwah selama 7 hingga 8 bulan dlm setahun. Paling2 minimum mereka keluar 4 bulan setiap tahun. Dlm 4 hingga 5 bulan di Madinah itulah mereka cr keperluan hidup. Mereka keluar bergilir2 ke jln Allah. Mampu ke kita nk keluar 7 bulan tiap2 tahun? tak mampunye kita nk ikut sbb iman lemah. Sbb itulah ulamak bg kita satu tertib ringkas utk belajar2 buat dakwah. 3 hari setiap bulan, 40 setiap tahun. Sikit je masa kita di jalan Allah kalau nk dibandingkan dgn sahabat. Lgpun bnyk dlm Quran Allah ada sebut perkataan 3 hari, 40 hari, sebagai cth "Berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah selama 4 bulan". Drpd kita keluar khuruj tak ada tertib, maka ulamak pun ambil ayat2 Quran 3 hari, 40 hari sbg tertib paling mudah keluar di jalan Allah. Tak salahnya. Sekarang kalau hampa mau dalil lg, aku nk mintak hampa bg satu dalil dlm Quran tertib 13 rukun dlm solat? ada tak? mana ada. Tertib 13 rukun sah solat semua tertib yg disusun Imam Syafie. Sama la tertib keluar Khuruj pun.

Kenapa pilih India utk belajar agama bkn Makkah?

Makkah ketika zaman nabi dan zaman sekarang sgt lain. Dahulu Makkah dan Madinah ni pusat dakwah yg paling besar di dunia. Apabila setiap org Islam bergerak kerana agama, maka agama hidup. Peluk Islam sahaja kerja pertama mereka akan buat adalah dakwah maka Iman mantap. Hari ini Makkah jadi pusat Ibadat saja bkn pusat dakwah maka agama mati di Makkah.Apabila agama mati maka Makkah jd pusat shopping dan perlancongan semata2. Berlainan di Nizammuddin, India dan sekitar eropah. Dakwah rumah ke rumah hidup. Setiap org bergerak buat dakwah maka agama hidup. Berpusu-pusu org eropah masuk Islam. Di India merupakan pusat Utama kegiatan dakwah. Semua jamaah berkumpul situ utk belajar tertib sebenar dakwah melalui ulamak2 besar seperti Maulana Saad, Maulana Ibrahim, Maulana Syaukad dan Kwn Nik Aziz sendiri Maulana Mustaqim.Tuan guru Nik Aziz sendiri belajar di India berguru dgn Ulamak Tabligh hampa mau kata sesat lg? Jika di Makkah, kita setakat boleh buat Ibadah saja boleh kerana jika ada org yg beri ceramah sekalipun Pak Arab akan tangkap. Sbb itulah kami melawat India yg mana semua ulamak besar2 kami ada di situ dan tunjuk ajar kami utk memperkemaskan lg tertib dakwah yg sedia ada. Sbb itulah INDIA bkn MAKKAH. Suatu nanti org Arab akan bangkit buat kerja DAKWAH cara Muhammad kembali. Ketika itu baru pusat Dakwah kembali ke Makkah dan Madinah. Ini pasti berlaku InsyaAllah
Tabligh tak cukup ilmu mau dakwah org?

Sahabat pernah berkata, kami belajar iman dahulu baru kami belajar Al-Quran. Belajar Iman dgn kerja dakwah. Abu bakar, hari pertama peluk Islam keesokan harinya sudah bawa 10 org lain utk peluk Islam termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, Zubair Al Awwam dan lain2. Apakah tinggi sgt ilmu Abu Bakar dlm sehari peluk Islam? Nabi juga pernah berkata"smpikan dariku walaupun satu ayat"? Dakwah ni syarat dia ada kalimah saja. Susah sgt ke mau ckp kebesaran Allah pd manusia? sgt mudah. Dakwah sgt Mudah tak perlu ilmu tggi. Tabligh yes perlu ilmu dan berguru. Kalau kita mengaji kitab, guru ajar di hadapan tentang hukum hakam. Itu tabligh bkn dakwah. Tabligh mesti dilakukan oleh Ustaz, alim dan Ulamak. Tp Dakwah cara Muhammad kerja Seluruh Ummat. Wajib buat utk tingkatkan Iman. Bg yg masih beranggapan dakwah perlu kpd ilmu lg, Sekarang hampa tunjuk kat aku kitab hampa, hampa ckp tebal mana kitab yg hampa sudah pelajari yg membolehkan kita buat dakwah?

Ingatlah dakwah hanya sanya cara Muhammad s.a.w. rumah ke rumah, pintu ke pintu hati ke hati. InsyaAllah. FB dan blog cuma penerangan dan hiburan saja. Bkn dakwah saya InsyaAllah

sumber:

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen